Jumaat, 28 Mac 2014

Kebaikan Mengikuti Kem

                                                          
         Ibu bapa sering mengharapkan anak mereka cemerlang dalam pelajaran.Terdapat sekolah yang menganjurkan kem motivasi kepada murid semasa cuti sekolah untuk melahirkan murid yang cemerlang.Pada pendapat saya,setiap murid wajar mengikuti kem motivasi.Terdapat beberapa kebaikan jika murid mengikuti kem motivasi.
      

     Selain itu,murid yang menyertai kem motivasi juga akan mengetahui teknik belajar yang betul.Teknik belajar yang betul penting supaya murid dapat cepat mengingati kandungan pelajaran yang dibaca dalam jangka masa yang panjang.Murid juga akan diberi kesedaran tentang penggunaan pengurusan masa yang betul .Oleh itu,murid digalakan membuat jadual belajar dan mematuhi jadual tersebut.

     Kebaikan seterusnya mengikuti kem motivasi ialah pelajar akan dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri sendiri.Nilai-nilai murni dapat dipupuk secara langsung atau tidak langsung.Antara nilai-nilai murni tersebut ialah nolai homat-menghormati dan nilai kejiranan.Sesungguhnya dengan mengamalkan nilai kejiranan,murid boleh berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran dan juga kehidupan.

    Di samping itu ,murid juga akan mendapat kenalan baru apabila menyertai kem motivasi.Terdapat kem motivasi yang menggabungkan beberapa buah sekolah.Apabila dapat kenalan baru ,mereka dapat bertukar-tukar pendapat dan pandangan tentang sesuatu perkara.Murid juga dapat bertukar-tukar soalan peperiksaan yang mereka miliki.

    Kebaikan lain menyertai kem motivasi ialah murid akan dapat menggunakan masa lapang mereka demgan aktiviti yang berfaedah.Antara aktiviti yang kurang berfaedah bagi murid ialah melepak dan menonton banyak bahan hiburan di dalam televisyen .Oleh itu,murid disarankan mengikuti kem motivasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah agar masa lapang tidak terbuang begitu sahaja.

    Sebagai kesimpulan , terdapat beberapa kebaikan jika pelajar mengikuti kem motivasi.Justeru ibu bapa perlu menggalakan anak-anak mereka mengikuti kem motivasi Pada pendapat saya,pihak sekolah wajar  menggadakan kem motivasi untuk semua murid.Dengan menyertai kem motivasi ,murid  akan mendapat pelbagai pengalaman yang dapat membentukan sikap jati diri mereka. :)

1 ulasan:

  1. Top 5 titanium price per pound, China - The Tale of Tint
    The top 5 titanium price per pound for titanium wedding band Chinese restaurant, is titanium engagement rings 1.0. China's own state-of-the-art citizen eco drive titanium watch restaurant and casino; titanium bolts a luxury resort, titanium frame glasses

    BalasPadam